Thursday, January 17, 2013

2013

Assalamualaikum,

Dah lama tak update. Tak tulis pape pon. Belog pon dah rase macam gua. Bersawang sini sana. Memang nak tulis. Banyak sangat bende nak cerita, nak kongsi, nak abadikan dalam belog ni. Tapi as usual, alasan masa tak mencukupi, tak sempat, bz, selalu je keluarkan. Biasalah, manusia kata ko. Manusia mana yang hidup tak ade alasan kan. Ok, fine. Ngaku, it's me. Obviously la kan.

Ok nak recap balik semua bende nak cerita. Mungkin entri ni akan panjang sikit kot. Mungkin. Kan dah cakap mungkin. Tapi tak taw lagi. Tengok pada tahap kecekapan otak me-reverse aktiviti-aktiviti lepas dan kepantasan tangan untuk menaik 1000 patah perkataan semint *ok tipu*.

1)HADIAH TAHUN BARU
Tak ade la hadiah sangat. Sape pulak la insan yang baik hati sangat tu nak bagi hadiah sempena tahun baru kan. Tak ade makne. Aah, hadiah tahun barunye ialah dimaki hamun serta diserang secara mental dan fizikal. Seronok kan dapat hadiah cenggitu di pagi terakhir pada tahun 2012 which is 31.12.2012. Ya, sangat seronok. Tak taula, mungkin ni cara Allah nak tarbiah ke, nak tegur ke, or nak bagi something yang saya tak pernah terpikir sebelum ni. (Yes, I'm trying to see it in the other way. Think positive). Saya diserang oleh client. The reason is, saya mintak die bayar duit yang opis dah advance-kan untuk die. Boss suruh saya mintak. So saya mintak la.Tak banyak pon. RM450.50 je. Die marah-marah, end up datang opis bawak kayu bagai. Nak belasah saya. Hairan. Kalau saya mati sekalipun, apa yang dia dapat dari kepuasan hatinya membelasah saya? Ok, stress mungkin. He keep saying yang "anak-anak nak sekolah", "saya dah rugi 2 bulan", "bla bla bla". So my conclusion is, mungkin die ade masalah kewangan. That's why He keep on saying that kan. Padahal, die keje pegawai kot. Setakat 450 ape ade hal. Ok, la. Panjang lagi cite ni. Tapi malas nak tulis panjang-panjang. Kang yang menaip ni pulak teremosi lebih. Malas nak mengimau kenangan busuk itu! Hurm~



2)STUDY
Alhamdulillah, sedar tak sedar selesai satu semester. Lagi 3 semester. Macam tak percaya. Tapi result tak tau lagi. Moga Allah permudahkan. Moga Allah terangkan hati saya untuk terus belajar. Amin ya Rabb. Doakan saya result ok. Kalau tak ok jugak, tak pelah. Saya amik subjek lain pulak. Jangan putus asa! Semangat3x





3)KEJE
Keje, ok. Alhamdulillah dah setahun lebih. Rase macam baru semalam masuk. Tapi agak membosankan sekarang ni. Sebab Kakak S maternity leave. Budak praktikal pon dah habis praktikal. So sekarang ade budak praktikal baru. Tapi tu la yang tak syioknye. Die lelaki. Adeh. Bukan pe. Tak ade kawan nk borak-borak, kawan nk gurau, nak bebel. Dulu mase budak praktikal lama tu syiok la. Sebab die perempuan. Ade geng. Kalo Kakak S gi court, ade jugak teman. Ini, hurm. Hampeh. Tak retila nak bergaul mesra dengan berlainan jantina. Awkward! Pape je la. Tak pe, bulan 3 Kakak S dah masuk balik. Bertahanlah! :)



4)FAMILY
Syukur, Alhamdulillah. Bertambah lagi umat Nabi Muhammad SAW. Saya dapat 2 orang lagi anak buah which is both lelaki. Nur Yusuf Iman dan Muhd Aqil Zihni. So, total sekarang 10 orang anak buah. 8 boys and 2 girls! Happening kan. Runtuhlah rumah opah oni tak lama lagi. Sekarang pon kalo semua balik huru hara. Inikan kalo dah 8 boys ni dah grow up. Imagine that. Haaaaiiiiiii (senyum sengsorang depan pc). Haaa, lagi satu Insha Allah 10/2 (cuti raya cina) ni adinda saya akan menamatkan zaman bujangnya. Jemput datang bagi yang mengenali. Buat kat dewan UKM je. Since kitaorang pon dan pindah Bangi kan. Saya bila lagi? Insha Allah, ade jodoh sampailah kad. Doakan eh. Jodoh, ajal maut, rezeki kan kuasa Allah. Jadi saya memang tak tahu tarikh bile saya kawen. Mohon doa semua. Doakan yang baik-baik untuk saya ok. *emotekon senyum kenyit mata*


Ok, rasanye cukup sampai sini dulu. Nak tulis banyak-banayk kang lenguh pulak orang nak baca. Nanti saya update lagi eh. Insha Allah. May Allah ease!

p/s : Dalam kepala otak bercabang-cabang. Macam-macam bende nak kena pikir. Mohon doa semua moga diberi kekuatan. ^^

2 comments:

Srikandi permata on Friday, January 18, 2013 12:38:00 AM said...

Assalamualaikum muslimah yg dikasihi Allah,
moga dirimu sentiasa berada dlm ksh syg-Nya.^_^

khuza hasan on Friday, January 25, 2013 11:49:00 AM said...

@Srikandi permata wlsm..amin ya Rabb! :)

Post a Comment

 

Designed by Alieff Artwork